Wednesday, April 16, 2014

Wardina Seru Semak Semula Ceramah Ustaz Don Daniyal

Ini adalah isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial. Wardina Saffiyah semalam menerusi akaun Facebooknya, telah menyeru para alim ulamak di Malaysia untuk menyemak kata-kata penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal yang didakwanya mengandungi cerita mistik tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Turut dikepilkan dalam seruannya itu adalah sebuah video yang menggabungkan beberapa siri ceramah Ustaz Don.



Tulis Wardina:-

Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama’..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran.

Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam.


klik video Sini

KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL...

Mana2 yg sekadar dtg kat wall ni nak ckp :
1.Ini aib
2.Mengumpat
3.Pergi jumpa dulu face to face
4.Ini cela ulama
5.Ini ustaz dh kira bnar
Maka baca dulu riyadhus salihin bab ghibah yg dibenarkan dlm islam
Saya juga tak teragak2 utk BLOCK siapa saja yg berkata 5 benda yg dh pun jadi modal lama...Bab penyelwengan dlm agama ISLAM wajib yg tahu sebarkan...
Please sy akan terus blok siapa yg dtg ke rumah saya buat benda yg dilarang...
Jika ada hujah berikan secara ilmiah bahawa don daniyal ni mmg sedang membawa kebenaran...
Must See sampai habis video ini...
Mohon rakan2 doakan Encik DOn supaya kembali kpd quran dan sunnah bukannya dengan aqal dan hawa nafsu serta ikut kalam tok sheikh yg jauh dgn quran dna sunnah...
Hentikan menyebarkan hadis2 palsu..Takutlah ancaman dari nabi s.a.w apabila berbohong ats nama baginda maka tempatnya di bangku neraka...
Pendustaan ini cukup berat sampai kini DON belum menjawabnya berkenaan hadis mana yg dia sebutkan,dalilnya mana ???
Please hentikan pembohongan kesian pd org ramai yg anda dh tipu mereka mentah2...


Ternyata seruan Wardina menimbulkan pelbagai rasa kurang senang. Namun tidak kurang juga banyak yang menyokong. Malam semalam, Ustaz Don telah berkongsi sebuah video jawapan kepada Wardina namun apabila Saya cari semula, video itu telah tiada. Wardina juga telah menghantar email kepada Ustaz Don untuk meminta maklum balas lanjut.


Terima kasih semua. Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal. Dah hantar dah pun email. Semoga saya dapat mewakili ribuan lagi orang awam yang keliru. InsyaAllah khair. Alhamdulillah dapat pengikut FB yang berhemah, beradab dan prihatin. MasyaAllah. Kita semua sayangkan agama Islam kita ini kan? Saya, dan saya juga yakin pengikut FB semua sudaya upaya cuba menjadi Muslim yang baik..mempraktikkan Islam di dalam amalan harian bersama anak-anak dan keluarga kita. Mari kita tambah ilmu dan jangan segan bertanya. Kita jangan tinggal solat dan mentadabbur Quran. Kita bersangka baik. Saya tidak ada niat mengaibkan.. tiada langsung…video itu bukan video aib. Video itu adalah ceramah dari ustaz. Mungkin juga orang yang buat video itu khuatir dengan isi penyampaian ustaz. Saya percaya ini semua ada hikmahnya. Wallahualam.

Saya tak berani komen sebab tak ada ilmu dalam bab-bab agama ini. Sama-samalah kita nantikan penjelasan Ustaz Don. Kadang-kadang video “edit” ini tak boleh percaya sangat sebab banyak bahagian penting dibuang. Apa pun, semoga mereka berdua tidak bergaduh kerana kedua-duanya adalah selebriti ikutan ramai.