Friday, May 16, 2014

Fenomena Kucing KAX Dan Artis


Kucing KAX kini semakin mendapat perhatian selebriti di Malaysia. Anda juga boleh temui kucing KAX ini di Kuala Lumpur. Ada nampak tak kucing KAX ini di stesen LRT Masjid Jamek?

Anda pasti perasan artis tempatan seperti Nelydia, Nad Zainal dan Najwa Latif bergaya dengan KAX baru-baru ini bukan?

Sejak beberapa hari kebelakangan ini kalau anda perasan, ramai selebriti kesayangan anda dilihat sentiasa bersama patung comel Kax untuk menemani mereka ke mana mana sahaja — makan, tidur, pergi gym, melancong dan sebagainya.


Jasper yang berjersi Argentina ini menjadi teman setia kepada Nelydia Senrose. Jasper adalah jejaka yang sentiasa cool dan bertenang dalam berdepan dengan apa jua cabaran, tapi itu tak bermaksud dia akan terus cool bila berdepan dengan situasi yang sukar.


Ini Nad Zainal bersama Kax bernama Dolly yang kami pasti karakternya sebagai seorang yang nakal dan kelakar namun dalam gayanya yang suka bermain main, tidak bermakna Dolly tidak mahu serius untuk berjaya.


Untuk Najwa Latif pula, Kax bernama Peachy ini menjadi pilihan beliau untuk bergelar BFF kerana perwatakan yang senyap dan tidak suka kecoh namun suka membiarkan kejayaan menjadi ‘jurucakap’.

Selain itu, Hanis Zalikha, Fizo dan Dafi juga tidak melepaskan peluang menjadikan KAX sebagai peneman mereka


Si gadis comel bernama Hanis Zalikha pula bersama Foxy Kax. Si gadis Foxy ini tahu apa yang dia mahukan dan dengan kecantikan yang dia ada, dia mesti akan dapat. Ini gadis yang tak sepatutnya anda ganggu.


Ahli perniagaan dan selebriti berjaya, Fizo Omar pula menjadikan Romeo yang berbaju Netherland sebagai BFFnya.

Romeo merupakan Kax yang kasanova. Walaupun menawan tapi dia jenis yang suka pikat perempuan.


Cakap pasal gembira, Joey Kax pilihan Dafi mempunyai karakter yang agak menyeronokkan. Joey jenis yang selalu tersenyum, berjiwa positif, sentiasa gembira walaupun dalam apa keadaan sekali pun.

Fenomena KAX turut melanda Kuala Lumpur dengan lukisan mural di terowong stesen LRT Masjid Jamek,Berita Penuh http://fstrealmim.readthisstory.net/my-7145976