Thursday, April 3, 2014

Aksi Hanez Suraya Berpeluk Dengan Kekasih Baru Pengganti Awi Rafael~! (3 Gambar)


 Begitu selamba dan relaks sahaja aktres jelita Hanez Suraya berpeluk sakan dengan kekasih barunya walaupun baru tiga bulan putus cinta dengan penyanyi Awi Rafael.

Dua keping gambar kurang senonoh mereka berdua di bawah kini mula tersebar di laman maya selepas portal rotikaya mendakwa menerimanya dari salah seorang peminat pelakon itu semalam.

Nyata, si wanita jelita dalam gambar berkenaan memang Hanez Suraya dan aksi tersebut dilakukan di sekitar sebuah pantai yang cantik dikatakan Pantai Pulau Tioman, Pahang.

Adakah bekas kekasih Awi Rafael itu kini sudah menemui pengganti hatinya yang sepatutnya masih terluka? Apapun, jejaka yang sedang memeluknya memang amat kacak dan cukup mencairkan hati si wanita.