Thursday, April 3, 2014

Tiffany SNSD & Nickchun 2PM Sah Bercinta



Selamat pagi Jumaat. Kita mulakan hari ini dengan satu berita dunia hiburan Korea yang pastinya meruntun jiwa raga para jejaka dan gadis di luar sana. Tiffany daripada kumpulan SNSD/Girl’s Generation dan Nickchun 2PM kini telah pun disahkan bercinta. Hubungan mereka yang bermula sebagai kawan menjadi semakin rapat dan bertukar kepada “couple” sejak 4 bulan lalu.



Berita ini telah disahkan oleh kedua-dua agensi mereka iaitu SM Entertainmet dan JYP Entertainment. Salah satu kenyataan tersebut berbunyi:-


Seperti yang telah dilaporkan, Tiffany dan Nickhun telah pun bercinta sejak 4 bulan yang lalu. Mereka bermula sebagai kawan dan kini adalah pasangan kekasih.
Add caption



Nampaknya selepas putus cinta dengan >>saya<<ketika di Korea dulu, Tiffany telah pun bertemu pengganti yang tidak kurang hebatnya. Semoga percintaan mereka berkekalan sehingga ke alam perkahwinan. Memang mereka berdua bak pinang dibelah dua. Tahniah!!!

sumber http://beautifulnara.com/