Saturday, April 12, 2014

Elfira beli kain RM20,000.00



Pelakon Elfira Loy menjelaskan keputusannya membeli pelbagai jenis kain sehingga ia mencecah RM20,000 ketika melancong ke Kochi, India baru-baru ini adalah sesuatu yang berbaloi.

Elfira, 20, berkata, isu dia dikatakan telah diperdaya oleh peniaga kain di bandar itu selain dilihat membazir oleh segelintir pihak tidak sepatutnya menjadi persoalan kerana dia mengetahui nilai setiap fabrik yang dijual.

"Saya pun tidak tahu nak komen apabila ada orang cakap begitu saya kena tipi. Ini kerana nilai RM20,000 bukan kain yang sikit, tetapi saya beli kain sehingga tiga buah beg.

"Jadi saya rasa ianya berbaloi lebih-lebih lagi ia digunakan untuk kerja," katanya kepadamStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat.

Elfira yang kini berada di Bali, Indonesia diminta mengulas komen segelintir pihak yang mengatakan dia ditipu peniaga di India selepas kisahnya berbelanja sehingga RM20,000 untuk membeli fabrik mewah disiarkan mStar Online pada Khamis lalu.

Malah Elfira turut dikecam apabila beberapa peminatnya mengatakan dia terlalu boros berbelanja.

sementara itu, Elfira memberitahu, kebanyakan kain yang dibelinya merupakan fabrik daripada benang sutera.

"Boleh dikatakan kebanyakan kain semuanya daripada sutera dan bagi saya harga yang ditawarkan kepada saya benar-benar berbaloi," ujarnya.

Difahamkan, nilai harga kain sutera dari India yang dijual di negara ini bagi setiap pasang boleh mencecah dari RM500 sehingga RM10,000 bergantung jenis kain itu sendiri.

Friday, April 11, 2014

Kontroversi Fesyen Ikut Kemampuan, Pengurusan FB Mawar Fareeda Mohon Maaf

Ya kalau anda mengikuti perkembangan dunia fesyen tempatan, pastinya anda mengetahui kontroversi fesyen ikut kemampuan yang sedang hangat diperkatakan. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan menerusi akaun Facebook Mawar Fareeda, sekaligus menimbulkan rasa kurang senang orang ramai. Oleh kerana kontroversi ini, nama baik isteri Fizo Omar ini sedikit sebanyak terpalit dan tercemar.

Bagi saya, kenyataan tersebut memang benar lebih-lebih lagi di kala rakyat Malaysia dibebani hutang kad kredit kerana berbelanja sesuka hati. Namun begitu mungkin nada tulisan tersebut agak “keras” menyebabkan banyak pihak terasa hati. Hari ini, pihak pengurusan Facebook Mawar Fareedatampil memohon maaf.



Semoga dengan penerangan tersebut, nama baik Mawar dapat dibersihkan. Secara jujur, pihak pengurusan Facebook Mawar Fareeda harus lebih berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan kerana mereka membawa nama Mawar secara tidak langsung. Semoga kontroversi ini menjadi pengajaran.

Jangan Hina Isteri Saya – Fizo Omar

Selepas satu rampasan yang dilakukan oleh Fareeda baru-baru ini, jenama tudung ini semakin hangat diperkatakan. Ada yang bersetuju dan tak kurang ramai yang membantah tindakan tersebut sehingga mencetuskan kontroversi. Bagi saya ia satu langkah yang harus dilakukan kerana hakcipta Fareeda telah dilanggar oleh pihak lain. Peliknya, isteri Fizo Omar, Mawar turut sama terkena tempias kritikan dan cemuhan daripada mereka yang tidak bersetuju dengan rampasan tersebut.



Antara komen-komen yang diterima oleh Fizo di akaun sosialnya ialah “Mawar tidak menutup aurat sepenuhnya“, “Fizo tanggung dosa bini” dan macam-macam lagi. Tampil membela isterinya, Fizo berkata kepada Mstar Online:-


Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah. Isteri saya menjual tudung… bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung.



Betul juga kata Fizo Omar itu mengenai ramai wanita yang sudah bertudung kerana Fareeda. saya tengok tudung Fareeda ini sudah menjadi satu fenomena di kalangan wanita Malaysia. Semua orang berebut-rebut nak membelinya. Fizo juga turut melahirkan rasa kekecewaan dengan komen-komen yang diterima di akaun Instagramya:-


Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif. Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati .

Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka.Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh


Ini semua adalah asam garam dalam perniagaan. Biasalah cemburu sebegini. Anggaplah ini sebagai satu cabaran. Jangan melatah kuat sangat. Kena bersikap profesional. saya percaya populariti Fareeda tidak akan tenggelam kerana kontroversi murahan ini. Teruskan perniagaan anda dan semoga mencapai sasaran yang dikehendaki tahun ini.

Audi R8 Pilihan Ammar Effendy, Anak Rozita Che Wan

Tidak pernah terlintas di hati ini untuk memiliki Audi R8. Apabila melihat kelibat kereta ini di atas jalan, memang kagum dibuatnya. Sporty, laju dan pastinya menyerlahkan kemachoan si pemandu. Inilah kereta pilihan Ammar Effendy, anak Rozita Che Wan sebagai hadiah keputusan cemerlang SPMnya. Untungnya menjadi anak Che Ta!!!



Namun buat masa ini, Ammar sendiri tidak mengetahui kereta apakah yang bakal dibeli oleh emaknya. Pasti Ammar pun berdebar-debar. Paling koman mesti BMW punya. Takkanlah Che Ta nak beli Myvi pulak kan? Kata Ammar menerusi Mstar Online:-


Hahaha… Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’. Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho

.

Pada Rabu saya telah ke kedai kereta melihat mana-mana yang diminati dan setakat ini Audi R8 antara yang saya sukai. Tak tahu lah pula kereta apa mommy nak belikan. Berbaloi juga belajar siang malam. Kalau keputusan lebih cemerlang, entah-entah mommy nak belikan Lamborghini atau Ferrari



Audi R8 adalah satu pilihan bijak dan sangat sesuai dengan usia Ammar yang meningkat remaja. Jangan bawa laju-laju sangat. Pastikan mengikut peraturan yang ditetapkan. Apa pun, tahniah atas hadiah yang sangat “awesome” ini.

Bella Dally Kini Sudah Berhijrah Memakai Tudung Sepenuhnya?

Agak terkejut juga apabilasaya mendapat informasi ini daripada KakJulaJuli. Dengan segera saya meng”skodeng” Instagram Bella Dally dan mendapati memang benar apa yang diberitahu, bekas kekasih Nazim Othman telah membuang semua gambarnya yang menampakkan tudung dan kini tampil bertudung. Adakah Bella Dally sudah berhijrah sepenuhnya?
Jika benar Bella Dally sudah pun berhijrah dan mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya, ini satu berita yang sangat baik. Jutaan tahniah diucapkan. Untuk anda yang tidak tahu, Bella dan Nazim Othman baru-baru ini sudah pun sah putus cinta. Tidak diketahui sama ada perpisahan itu menyumbang kepada penghijrahan ini.
Semoga Bella Dally istiqamah dan meneruskan penampilan bertudung ini. Memang cantik dan comel sangat-sangat. Tahniah Bella sekiranya penghijrahan ini benar-benar berlaku. Semoga hidup anda akan lebih dirahmati dan diberkati

Wednesday, April 9, 2014

Rossa Nafi “Bermadu” Dengan Kerabat Diraja Malaysia

Susah menjadi orang sejelita Rossa ini. Ada saja khabar angin dan gosip yang bertebaran. Tambah pelik apabila penyanyi yang berasal dari Indonesia ini dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan kerabat diraja Malaysia. Memang agak tak masuk akal tetapi itulah dakwaan yang bertiup kencang sejak kebelakangan ini.
rossa
Tampil menerusi Harian Metro hari ini, Rossa menafikan dakwaan tersebut dan mengakui kini sedang bercinta dengan seorang ahli perniagaan dari Indonesia yang berstatus duda. Kata Rossa:-
Saya pun terkejut bila dapat tahu diri saya digosipkan “bermadu” dengan kerabat berkenaan. Hakikatnya, hubungan kami sudah lama rapat, sebelum saya berkahwin lagi dan hanya sebagai kenalan baik saja dan tidak lebih daripada itu.
Pada masa sama saya juga sering memenuhi undangan persembahan dari pihak istana terutama persembahan sempena majlis ulang tahun keputeraan sultan pada setiap tahun.
Bukan saja undangan daripada pihak istana, saya juga pernah membuat persembahan undangan daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini.
rossa
Hebat jugak Rossa ini mendapat undangan daripada golongan VVIP di Malaysia. Memang murah rezeki sungguh. Kalau saya pun teringin juga nak mendengar Rossa menyanyi secara “live”. Lagu-lagunya pun memang menarik dan sedap didengar. Semoga rezeki Rossa di Malaysia semakin murah dan semakin banyak mendapat undangan nyanyian.

Saya Bukan Perampas – Eina Azman

Selepas penerangan daripada kekasih hatinya, Dato’ GMix, semalam Eina Azman tampil menerusi Berita Harian untuk menafikan tuduhan bahawa dirinya seorang perampas tunangan orang. Susah juga jadi selebriti kan? Kena tuduh macam-macam. Nak bercinta pun payah. Nasib baiklah saya ni cuma orang biasa je. Hehehe.
eina azmanKata Eina Azman:-
Setakat ini selepas 6 bulan berkawan, belum ada wanita yang bersemuka dengan Eina mengatakan lelaki itu adalah tunangannya. Lagipun kami diperkenalkan oleh abang Eina sendiri dan mustahil kalau beliau pun tidak tahu kawannya itu masih tunangan orang.
Adalah lebih baik jika anda sendiri menghubungi dan bertanyakan kepadanya (Dato’ GMix) berhubung perkara sebenar. Eina tidak mahu nanti jika tersilap memberi kenyataan, Eina juga yang akan dipersalahkan kemudian hari.
Terus terang sejak kontroversi dengan Afiq dan ibunya tercetus satu ketika dahulu, Eina menjadi trauma untuk memberi kenyataan. Eina kata A, nanti orang akan tulis B. Sudahnya Eina juga nampak buruk. Jadi lebih baik jika tanya sendiri kepada empunya badan.
eina azman
Penjelasan oleh pihak lelaki sudah pun kita baca. Memang jelas bukan tunangan orang, memang jelas Eina bukan perampas. Persoalannya ke manakah Afiq Muiz menghilang dalam hidup Eina Azman? Adakah Afiq sudah ditinggalkan atau Afiq meninggalkan Eina? Apa pun, semoga kebahagiaan yang dicari oleh Eina ditemui dalam diri Dato’ GMix.
Orang nye cantik
sumber http://beautifulnara.com/