Wednesday, April 16, 2014

Wardina Seru Semak Semula Ceramah Ustaz Don Daniyal

Ini adalah isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial. Wardina Saffiyah semalam menerusi akaun Facebooknya, telah menyeru para alim ulamak di Malaysia untuk menyemak kata-kata penceramah terkenal, Ustaz Don Daniyal yang didakwanya mengandungi cerita mistik tidak berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Turut dikepilkan dalam seruannya itu adalah sebuah video yang menggabungkan beberapa siri ceramah Ustaz Don.



Tulis Wardina:-

Saya bukanlah orang alim. Namum saya menyeru kepada para ulama’..ustaz.. mufti supaya menyemak kembali apa yang diperkatakan oleh Don Daniyal. Minta berdiskusi bersama beliau. Saya risau jika masyarakat kita disogokkan dengan sumber cerita tanpa rujukan. Saya risau ketaksuban kita pada cerita mistik. Agama Islam sudah cukup dengan Quran dan Sunnah… It is an amazing mukjizat on its own. We don’t need anything more to strengthen our faith. Our faith is strong with the Quran.

Saya pohon pada pihak TV Al HIjrah supaya menyemak balik content Ustaz Don. Sudah beberapa kali saya terdengar perkara dan peyampaian yang tidak sahih darinya. Saya sayangkan Ustaz Don dan mereka yang cintakan agama. Namun agama ini perlu hujjah dan dalil, perlu disiplin. Agama Islam bukan agama mistik. Ianya berpadukan dalil Quran dan Sunnah. Wallahualam.


klik video Sini

KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL...

Mana2 yg sekadar dtg kat wall ni nak ckp :
1.Ini aib
2.Mengumpat
3.Pergi jumpa dulu face to face
4.Ini cela ulama
5.Ini ustaz dh kira bnar
Maka baca dulu riyadhus salihin bab ghibah yg dibenarkan dlm islam
Saya juga tak teragak2 utk BLOCK siapa saja yg berkata 5 benda yg dh pun jadi modal lama...Bab penyelwengan dlm agama ISLAM wajib yg tahu sebarkan...
Please sy akan terus blok siapa yg dtg ke rumah saya buat benda yg dilarang...
Jika ada hujah berikan secara ilmiah bahawa don daniyal ni mmg sedang membawa kebenaran...
Must See sampai habis video ini...
Mohon rakan2 doakan Encik DOn supaya kembali kpd quran dan sunnah bukannya dengan aqal dan hawa nafsu serta ikut kalam tok sheikh yg jauh dgn quran dna sunnah...
Hentikan menyebarkan hadis2 palsu..Takutlah ancaman dari nabi s.a.w apabila berbohong ats nama baginda maka tempatnya di bangku neraka...
Pendustaan ini cukup berat sampai kini DON belum menjawabnya berkenaan hadis mana yg dia sebutkan,dalilnya mana ???
Please hentikan pembohongan kesian pd org ramai yg anda dh tipu mereka mentah2...


Ternyata seruan Wardina menimbulkan pelbagai rasa kurang senang. Namun tidak kurang juga banyak yang menyokong. Malam semalam, Ustaz Don telah berkongsi sebuah video jawapan kepada Wardina namun apabila Saya cari semula, video itu telah tiada. Wardina juga telah menghantar email kepada Ustaz Don untuk meminta maklum balas lanjut.


Terima kasih semua. Saya akan cuba tanya Ustaz Don secara personal. Dah hantar dah pun email. Semoga saya dapat mewakili ribuan lagi orang awam yang keliru. InsyaAllah khair. Alhamdulillah dapat pengikut FB yang berhemah, beradab dan prihatin. MasyaAllah. Kita semua sayangkan agama Islam kita ini kan? Saya, dan saya juga yakin pengikut FB semua sudaya upaya cuba menjadi Muslim yang baik..mempraktikkan Islam di dalam amalan harian bersama anak-anak dan keluarga kita. Mari kita tambah ilmu dan jangan segan bertanya. Kita jangan tinggal solat dan mentadabbur Quran. Kita bersangka baik. Saya tidak ada niat mengaibkan.. tiada langsung…video itu bukan video aib. Video itu adalah ceramah dari ustaz. Mungkin juga orang yang buat video itu khuatir dengan isi penyampaian ustaz. Saya percaya ini semua ada hikmahnya. Wallahualam.

Saya tak berani komen sebab tak ada ilmu dalam bab-bab agama ini. Sama-samalah kita nantikan penjelasan Ustaz Don. Kadang-kadang video “edit” ini tak boleh percaya sangat sebab banyak bahagian penting dibuang. Apa pun, semoga mereka berdua tidak bergaduh kerana kedua-duanya adalah selebriti ikutan ramai.

Monday, April 14, 2014




Nasha Aziz merupakan antara pelakon wanita tempatan yang sering memegang watak menggoda dalam filem atau drama. Popularitinya setanding dengan pelakon hebat lain seperti Erra Fazira, Rita Rudaini, Erma Fatima dan Raja Azura.

Bagaimanapun, sejak lima tahun kebelakangan ini, kemunculan Nasha dalam filem mahupun drama semakin kurang. Semuanya mungkin disebabkan kehadiran muka-muka baru pelakon wanita yang tidak kurang cantik, jelita dan berbakat.

Baru-baru ini, Nasha Aziz telah diberi peranan untuk melakukan watak Zainab dalam teater Di Bawah Lindungan Kaabah bersama barisan pelakon lain seperti Adi Putra, Elfira Loy, Fizo Omar, Zahid (AF2), Liza Abdullah & Yasmin Hani.

Menariknya, watak Zainab yang dipegang oleh aktres berusia 42 tahun itu ialah seorang gadis berimej muslimah yang memerlukan beliau mengenakan tudung labuh dan memakai pakaian ala-ala arab lengkap dengan perhiasan.

Menyedari peranan yang diberikan cukup berat, Nasha Aziz bertekad bertudung dan menjaga penampilan muslimah dalam kehidupannya yang sebenar. Katanya menerusi portal murai, dia berjanji akan memberikan komitmen paling kurang 100 peratus.

“Rasanya bila kita bercakap tentang etika bekerja, apa sahaja yang saya lakukan saya akan pastikan ianya harus kalau boleh tak dapat 200 peratus pun tapi dapat 100 peratus pun jadilah.”

“Malah penampilan saya hari ini sebenarnya saya dengar tidak lagi memenuhi 100 peratus sempurna daripada pereka kostum bagi watak saya dan pelakon lain. Tidak silap saya, ini hanya 10 peratus sahaja daripada yang sepatutnya daripada watak kami.”

sumber; http://beritapower.blogspot.com/

Masih Bercinta, Nazim Othman Sokong Keputusan Bella Dally Berhijab



Nampak gayanya berita putusnya hubungan percintaan antara Nazim Othman dan Bella Dally yang heboh diperkatakan baru-baru ini adalah tidak benar. Mereka berdua masih bercinta seperti dulu. Malah saya yakin rasa cinta Nazim Othman terhadap Bella Dally semakin meningkat apabila kekasihnya itu mengambil langkah untuk berhijab sepenuhnya baru-baru ini.



Bercerita kepada Mstar Online mengenai keputusannya untuk berhijrah, Bella Dally memaklumkan yang perasaan ingin bertudung itu datang secara tiba-tiba. Kata Bella:-


Sejujurnya, saya tidak ada apa-apa mimpi pun atau kisah di sebalik penghijrahan ini. Tiba-tiba saja saya rasa seperti ingin bertudung dan saya juga tidak sangka akan ‘berhijrah’ secepat ini. Cuma apa yang saya lakukan, sebelum bertudung saya mula memperkukuhkan amalan solat saya serta mempelajari Islam dengan lebih mendalam.

Alhamdulillah keluarga dan peminat turut menyokong dengan perubahan ini. Buat masa ini saya cuma padankan baju-baju yang saya ada dengan gaya yang lebih sopan. Apa-apa pun saya akan melakukan perubahan ini secara berperingkat.

Siapa kata saya dan dia (Nazim) sudah berpisah? Dia menyokong apa saja yang saya lakukan



Saya perasan sejak kebelakangan ini memang ramai artis muda yang mengambil keputusan untuk bertudung sekaligus tampil menutup aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam. Bagus sangat-sangat. Lebih cepat berhijrah, lebih bagus. Semoga semakin ramai selebriti, tak kira tua atau muda yang akan mengikut jejak Bella Dally. Sememangnya saya akui mereka yang bertudung tampak lebih jelita dan menawan. Tak gitu? Apa pendapat anda?

Jangan Desak Saya – Erra Fazira



Nampaknya sinar harapan untuk melihat Erra Fazira kembali bersatu dengan Engku Emran kelihatan agak pudar. Walaupun Engku Emran dan Aleesya telah memulakan operasi mencuri kembali hati Erra, reaksi pertama yang diberikan oleh pelakon jelita itu sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa misi ini adalah satu misi yang agak sukar. Biasalah tue. Hati wanita memang keras sikit kan?

Apa yang pasti, Erra Fazira nyata terkejut dengan tindakan Engku Emran dan Aleesya ini. Kata Erra menerusi Mstar Online:-


Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya.

Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik.



Diharap Engku Emran dan Aleesya tidak berputus asa. Jangan kecewa sangat dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Erra ini. Mungkin Erra terkejut dengan usaha yang dilakukan oleh anda berdua. Perlahan-lahan cuba pujuk lagi. Insya Allah akan berjaya. Niat yang baik pasti akan dipermudahkan. Go Engku Emran dan Aleesya

Anak Che Ta Bakal Pandu BMW 6 Series Bernilai RM700,000


Persoalan yang bermain di minda ramai orang kini terjawab jua. Setelah menzahirkan minatnya terhadap Audi R8, anak Rozita Che Wan, Ammar Effendy bakal dihadiahkan oleh ibunya sebuah kereta BMW 6 Series G Power Modified yang bernilai kira-kira RM700,000 sebagai hadiah keputusan cemerlang dalam SPM. Pastinya Ammar rasa sangat berbaloi-baloi dengan usaha gigih dan ketekunannya mengulangkaji pelajaran selama ini.

Berkata kepada Kosmo, Ammar memaklumkan yang dia dan ibunya sudah pun pergi “survey” kereta BMW 6 Series tersebut. Kata Ammar:-

Ya memang mummy nak belikan kereta BMW untuk saya. Audi tue suka je. Kami dah pergi “survey” kereta BMW baru-baru nie. Mungkin kereta Audi itu kena beli sendiri, nantilah lepas kerja.

saya suka dengan cita-cita dan impian Ammar yang mahu mendapatkan kereta idamannya dengan hasil tangan sendiri kelak. Buat masa ini, lenjan puas-puas dulu kereta BMW 6 Series ini. Jangan lupa ucapkan jutaan terima kasih buat ibu tercinta atas hadiah yang amat istimewa ini. Tahniah Ammar!!!

Saturday, April 12, 2014

Elfira beli kain RM20,000.00



Pelakon Elfira Loy menjelaskan keputusannya membeli pelbagai jenis kain sehingga ia mencecah RM20,000 ketika melancong ke Kochi, India baru-baru ini adalah sesuatu yang berbaloi.

Elfira, 20, berkata, isu dia dikatakan telah diperdaya oleh peniaga kain di bandar itu selain dilihat membazir oleh segelintir pihak tidak sepatutnya menjadi persoalan kerana dia mengetahui nilai setiap fabrik yang dijual.

"Saya pun tidak tahu nak komen apabila ada orang cakap begitu saya kena tipi. Ini kerana nilai RM20,000 bukan kain yang sikit, tetapi saya beli kain sehingga tiga buah beg.

"Jadi saya rasa ianya berbaloi lebih-lebih lagi ia digunakan untuk kerja," katanya kepadamStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp di sini pada Jumaat.

Elfira yang kini berada di Bali, Indonesia diminta mengulas komen segelintir pihak yang mengatakan dia ditipu peniaga di India selepas kisahnya berbelanja sehingga RM20,000 untuk membeli fabrik mewah disiarkan mStar Online pada Khamis lalu.

Malah Elfira turut dikecam apabila beberapa peminatnya mengatakan dia terlalu boros berbelanja.

sementara itu, Elfira memberitahu, kebanyakan kain yang dibelinya merupakan fabrik daripada benang sutera.

"Boleh dikatakan kebanyakan kain semuanya daripada sutera dan bagi saya harga yang ditawarkan kepada saya benar-benar berbaloi," ujarnya.

Difahamkan, nilai harga kain sutera dari India yang dijual di negara ini bagi setiap pasang boleh mencecah dari RM500 sehingga RM10,000 bergantung jenis kain itu sendiri.

Friday, April 11, 2014

Kontroversi Fesyen Ikut Kemampuan, Pengurusan FB Mawar Fareeda Mohon Maaf

Ya kalau anda mengikuti perkembangan dunia fesyen tempatan, pastinya anda mengetahui kontroversi fesyen ikut kemampuan yang sedang hangat diperkatakan. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan menerusi akaun Facebook Mawar Fareeda, sekaligus menimbulkan rasa kurang senang orang ramai. Oleh kerana kontroversi ini, nama baik isteri Fizo Omar ini sedikit sebanyak terpalit dan tercemar.

Bagi saya, kenyataan tersebut memang benar lebih-lebih lagi di kala rakyat Malaysia dibebani hutang kad kredit kerana berbelanja sesuka hati. Namun begitu mungkin nada tulisan tersebut agak “keras” menyebabkan banyak pihak terasa hati. Hari ini, pihak pengurusan Facebook Mawar Fareedatampil memohon maaf.



Semoga dengan penerangan tersebut, nama baik Mawar dapat dibersihkan. Secara jujur, pihak pengurusan Facebook Mawar Fareeda harus lebih berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang kenyataan kerana mereka membawa nama Mawar secara tidak langsung. Semoga kontroversi ini menjadi pengajaran.

Jangan Hina Isteri Saya – Fizo Omar

Selepas satu rampasan yang dilakukan oleh Fareeda baru-baru ini, jenama tudung ini semakin hangat diperkatakan. Ada yang bersetuju dan tak kurang ramai yang membantah tindakan tersebut sehingga mencetuskan kontroversi. Bagi saya ia satu langkah yang harus dilakukan kerana hakcipta Fareeda telah dilanggar oleh pihak lain. Peliknya, isteri Fizo Omar, Mawar turut sama terkena tempias kritikan dan cemuhan daripada mereka yang tidak bersetuju dengan rampasan tersebut.



Antara komen-komen yang diterima oleh Fizo di akaun sosialnya ialah “Mawar tidak menutup aurat sepenuhnya“, “Fizo tanggung dosa bini” dan macam-macam lagi. Tampil membela isterinya, Fizo berkata kepada Mstar Online:-


Aurat itu subjektif, selagi dia menutup kepala, tidak berpakaian seksi dan menjolok mata ia sudah cukup baik bagi saya, dalam Islam sebenar tangan pun tidak boleh terdedah. Isteri saya menjual tudung… bukan menjual skirt pendek, kenapa perlu hina dia sampai begitu sedangkan kerana perniagaan tudungnya itu, ramai wanita yang sudah berhijrah untuk bertudung.



Betul juga kata Fizo Omar itu mengenai ramai wanita yang sudah bertudung kerana Fareeda. saya tengok tudung Fareeda ini sudah menjadi satu fenomena di kalangan wanita Malaysia. Semua orang berebut-rebut nak membelinya. Fizo juga turut melahirkan rasa kekecewaan dengan komen-komen yang diterima di akaun Instagramya:-


Saya tidak boleh tahan marah bila gambar yang saya muat naik bersama Mawar dikomen dengan pelbagai ayat berunsur negatif. Sehingga ada mengatakan saya menanggung dosa kerana Mawar bertudung begitu, saya tidak faham kenapa ramai yang tidak berpuas hati .

Kalau mereka kata tudung itu terlalu singkat mereka boleh beli jenis yang lain, di Fareeda kita jual pelbagai jenis tudung mengikut saiz yang bersesuaian dengan mereka.Cuma permintaan tinggi terhadap tudung yang dipakai oleh isteri saya, jadi sebab itu ia lebih komersil berbanding tudung-tudung yang labuh


Ini semua adalah asam garam dalam perniagaan. Biasalah cemburu sebegini. Anggaplah ini sebagai satu cabaran. Jangan melatah kuat sangat. Kena bersikap profesional. saya percaya populariti Fareeda tidak akan tenggelam kerana kontroversi murahan ini. Teruskan perniagaan anda dan semoga mencapai sasaran yang dikehendaki tahun ini.

Audi R8 Pilihan Ammar Effendy, Anak Rozita Che Wan

Tidak pernah terlintas di hati ini untuk memiliki Audi R8. Apabila melihat kelibat kereta ini di atas jalan, memang kagum dibuatnya. Sporty, laju dan pastinya menyerlahkan kemachoan si pemandu. Inilah kereta pilihan Ammar Effendy, anak Rozita Che Wan sebagai hadiah keputusan cemerlang SPMnya. Untungnya menjadi anak Che Ta!!!



Namun buat masa ini, Ammar sendiri tidak mengetahui kereta apakah yang bakal dibeli oleh emaknya. Pasti Ammar pun berdebar-debar. Paling koman mesti BMW punya. Takkanlah Che Ta nak beli Myvi pulak kan? Kata Ammar menerusi Mstar Online:-


Hahaha… Bukan BMW X6 lah, tetapi kereta lain. Ammar rasa nak tergelak jer bila gosip itu timbul kerana itu kereta untuk ‘orang tua’. Memang benar mommy nak belikan kereta untuk saya. Tetapi kereta sport la, baru macho

.

Pada Rabu saya telah ke kedai kereta melihat mana-mana yang diminati dan setakat ini Audi R8 antara yang saya sukai. Tak tahu lah pula kereta apa mommy nak belikan. Berbaloi juga belajar siang malam. Kalau keputusan lebih cemerlang, entah-entah mommy nak belikan Lamborghini atau Ferrari



Audi R8 adalah satu pilihan bijak dan sangat sesuai dengan usia Ammar yang meningkat remaja. Jangan bawa laju-laju sangat. Pastikan mengikut peraturan yang ditetapkan. Apa pun, tahniah atas hadiah yang sangat “awesome” ini.

Bella Dally Kini Sudah Berhijrah Memakai Tudung Sepenuhnya?

Agak terkejut juga apabilasaya mendapat informasi ini daripada KakJulaJuli. Dengan segera saya meng”skodeng” Instagram Bella Dally dan mendapati memang benar apa yang diberitahu, bekas kekasih Nazim Othman telah membuang semua gambarnya yang menampakkan tudung dan kini tampil bertudung. Adakah Bella Dally sudah berhijrah sepenuhnya?
Jika benar Bella Dally sudah pun berhijrah dan mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya, ini satu berita yang sangat baik. Jutaan tahniah diucapkan. Untuk anda yang tidak tahu, Bella dan Nazim Othman baru-baru ini sudah pun sah putus cinta. Tidak diketahui sama ada perpisahan itu menyumbang kepada penghijrahan ini.
Semoga Bella Dally istiqamah dan meneruskan penampilan bertudung ini. Memang cantik dan comel sangat-sangat. Tahniah Bella sekiranya penghijrahan ini benar-benar berlaku. Semoga hidup anda akan lebih dirahmati dan diberkati

Wednesday, April 9, 2014

Rossa Nafi “Bermadu” Dengan Kerabat Diraja Malaysia

Susah menjadi orang sejelita Rossa ini. Ada saja khabar angin dan gosip yang bertebaran. Tambah pelik apabila penyanyi yang berasal dari Indonesia ini dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan kerabat diraja Malaysia. Memang agak tak masuk akal tetapi itulah dakwaan yang bertiup kencang sejak kebelakangan ini.
rossa
Tampil menerusi Harian Metro hari ini, Rossa menafikan dakwaan tersebut dan mengakui kini sedang bercinta dengan seorang ahli perniagaan dari Indonesia yang berstatus duda. Kata Rossa:-
Saya pun terkejut bila dapat tahu diri saya digosipkan “bermadu” dengan kerabat berkenaan. Hakikatnya, hubungan kami sudah lama rapat, sebelum saya berkahwin lagi dan hanya sebagai kenalan baik saja dan tidak lebih daripada itu.
Pada masa sama saya juga sering memenuhi undangan persembahan dari pihak istana terutama persembahan sempena majlis ulang tahun keputeraan sultan pada setiap tahun.
Bukan saja undangan daripada pihak istana, saya juga pernah membuat persembahan undangan daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini.
rossa
Hebat jugak Rossa ini mendapat undangan daripada golongan VVIP di Malaysia. Memang murah rezeki sungguh. Kalau saya pun teringin juga nak mendengar Rossa menyanyi secara “live”. Lagu-lagunya pun memang menarik dan sedap didengar. Semoga rezeki Rossa di Malaysia semakin murah dan semakin banyak mendapat undangan nyanyian.

Saya Bukan Perampas – Eina Azman

Selepas penerangan daripada kekasih hatinya, Dato’ GMix, semalam Eina Azman tampil menerusi Berita Harian untuk menafikan tuduhan bahawa dirinya seorang perampas tunangan orang. Susah juga jadi selebriti kan? Kena tuduh macam-macam. Nak bercinta pun payah. Nasib baiklah saya ni cuma orang biasa je. Hehehe.
eina azmanKata Eina Azman:-
Setakat ini selepas 6 bulan berkawan, belum ada wanita yang bersemuka dengan Eina mengatakan lelaki itu adalah tunangannya. Lagipun kami diperkenalkan oleh abang Eina sendiri dan mustahil kalau beliau pun tidak tahu kawannya itu masih tunangan orang.
Adalah lebih baik jika anda sendiri menghubungi dan bertanyakan kepadanya (Dato’ GMix) berhubung perkara sebenar. Eina tidak mahu nanti jika tersilap memberi kenyataan, Eina juga yang akan dipersalahkan kemudian hari.
Terus terang sejak kontroversi dengan Afiq dan ibunya tercetus satu ketika dahulu, Eina menjadi trauma untuk memberi kenyataan. Eina kata A, nanti orang akan tulis B. Sudahnya Eina juga nampak buruk. Jadi lebih baik jika tanya sendiri kepada empunya badan.
eina azman
Penjelasan oleh pihak lelaki sudah pun kita baca. Memang jelas bukan tunangan orang, memang jelas Eina bukan perampas. Persoalannya ke manakah Afiq Muiz menghilang dalam hidup Eina Azman? Adakah Afiq sudah ditinggalkan atau Afiq meninggalkan Eina? Apa pun, semoga kebahagiaan yang dicari oleh Eina ditemui dalam diri Dato’ GMix.
Orang nye cantik
sumber http://beautifulnara.com/

Anak Che Ta Nafi Akan Terima BMW X6

kalau betul..bolek tumpang naik BMW X6, rupanya  anak Che Ta, Ammar Effendy menafikan bakal menerima kereta tersebut sebagai hadiah keputusan cemerlang SPMnya. Penafian tersebut telah dilakukan oleh Ammar sendiri menerusi akaun Twitternya apabila ramai rakan mula bertanya mengenai berita gembira itu.
ammar
Kalau saya jadi kawan-kawan Ammar pun confirm excited. Mana tahu ada rezeki boleh merasa kerusi empuk bahagian penumpang BMW X6. Namun jawapan “nonsense” yang diberikan oleh Ammar terhadap persoalan rakan-rakannya ternyata menghancurkan harapan rakan-rakannya (ayat gurau). Namun kalau sahabat sejati, naik Myvi pun tak ada masalah. Tak ke gitu?
ammar
Tak kisahlah apa jenis kereta yang bakal diberikan oleh Che Ta kepada anaknya. Yang penting ia bakal memudahkan anak sendiri mengharungi kehidupan di universiti. Kenderaan memang penting untuk memudahkan pergerakan. Tak dapat BMW X6, dapat Kelisa special edition pun terbaik dah. Tak gitu....

sumber http://beautifulnara.com/

Saturday, April 5, 2014

Saya Tidak Marah Pada Orang Yang Sebar Gambar Separa Bogel Itu – Adi Putra



Ya kalau anda seorang yang mengikuti perkembangan dunia hiburan dengan begitu tekun, pasti anda akan menyedari kewujudan sekeping gambar Adi Putra bertuala dan menampakkan bahagian atas badannya yang tersebar luas baru-baru ini. Gambar tersebut telah dikongsikan oleh bekas suami Noraida, Amiruddin Othman menerusi akaun Instagramnya. Tidak diketahui motif penyebaran gambar tersebut, tapi daripada gayanya, nampak seperti Amiruddin masih tidak berpuas hati dengan keputusan kes bekas isterinya dan Adi Putra yang diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA).



Apa pun, saya  respek kepada Adi Putra yang bersikap tenang dan tidak akan mengambil tindakan lanjut kepada Amiruddin. Kata Adi Putra kepada MalaysianDigest:-


Saya tidak ambil peduli sangat tentang perkara ini kerana pada saya ianya sudah lama selesai dan isu itu tidak menghalang saya untuk terus memberi impak dalam teater ini. Saya tidak mahu komen banyak tentang hal itu. Saya pun tidak marah pada pihak yang memuat naik foto itu kerana siapa lah saya yang kerdil ini. Apa yang penting saya bersabar.



Baguslah Adi Putra tenang dan rilek menghadapi kontroversi ini. Daripada kecoh-kecoh, lebih baik tumpukan pada kerjaya. Kita bukan boleh halang orang lain nak buat apa. Tak gitu? Kalau turun naik mahkamah, diri sendiri juga yang penat. Lebih baik buat tak tahu je.

(TAHNIAH)Radhi OAG Selamat Nikahi Shahira Ayu



Jutaan tahniah diucapkan kepada Radhi OAG, 37 yang kini telah pun bergelar suami kepada Nur Shahira Ayu, 20 tahun dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Shahira Ayu telah menerima mas kahwin berjumlah RM300 berserta wang hantaran sebanyak RM30,000.



Untuk makluman, ini adalah perkahwinan kedua Radhi OAG selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan Shazlin Sharif sebelum ini. Sebelum berlangsungnya majlis pernikahan, majlis merisik dan pertunangan turut diadakan. Untuk pengetahuan anda, Shahira Ayu juga merupakan seorang model sambilan.


Tahniah diucapkan kepada Radhi dan Ayu atas perkahwinan ini. Semoga kali ini ia akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Jutaan tahniah sekali lagi.

Thursday, April 3, 2014

Aidil Tidak Sepatutnya Berkira Dengan Anak – Rita Rudaini



RM2,000 bukanlah satu angka yang terlalu besar dan terlalu kecil. Namun apabila mendengar hanya jumlah tersebut yang mampu disediakan oleh Aidil kepada 2 orang anaknya, Rita Rudaini mengakui rasa sebak dan tersentap naluri keibuannya. Selaku seorang ayah, dalam sebulan hampir dekat RM1,000 juga saya belanjakan untuk membeli susu, pampers, baju-baju, ubat-ubatan dan perkara-perkara lain untuk anak tercinta.



Kata Rita menerusi Berita Harian:-


Saya sangat sebak sewaktu mendengar pengakuan Aidil. Bayangkan kos sara hidup sekarang bukannya murah, yuran sekolah saja sudah mahal. Belum lagi termasuk makan pakai dan sakit pening.

Saya tidak tahu hendak kata apa. Dia tidak sepatutnya berkira dengan anak. Janganlah disebabkan terlalu ingin menjaga hati banyak pihak, dia sanggup mengorbankan kebajikan anak, sedangkan dia sepatutnya mengutamakan anak terlebih dahulu.


Tiffany SNSD & Nickchun 2PM Sah Bercinta



Selamat pagi Jumaat. Kita mulakan hari ini dengan satu berita dunia hiburan Korea yang pastinya meruntun jiwa raga para jejaka dan gadis di luar sana. Tiffany daripada kumpulan SNSD/Girl’s Generation dan Nickchun 2PM kini telah pun disahkan bercinta. Hubungan mereka yang bermula sebagai kawan menjadi semakin rapat dan bertukar kepada “couple” sejak 4 bulan lalu.



Berita ini telah disahkan oleh kedua-dua agensi mereka iaitu SM Entertainmet dan JYP Entertainment. Salah satu kenyataan tersebut berbunyi:-


Seperti yang telah dilaporkan, Tiffany dan Nickhun telah pun bercinta sejak 4 bulan yang lalu. Mereka bermula sebagai kawan dan kini adalah pasangan kekasih.
Add caption



Nampaknya selepas putus cinta dengan >>saya<<ketika di Korea dulu, Tiffany telah pun bertemu pengganti yang tidak kurang hebatnya. Semoga percintaan mereka berkekalan sehingga ke alam perkahwinan. Memang mereka berdua bak pinang dibelah dua. Tahniah!!!

sumber http://beautifulnara.com/

Awi Rafael Gembira Ikut Kata Hati Putus Dengan Hanez Suraya



Selaku bekas kekasih Hanez Suraya, sudah tentu Awi Rafael diminta memberikan pendapat mengenai kontroversi yang telah melanda wanita yang pernah mencuri hatinya itu. Mengakui tidak pernah menghubungi Hanez selepas berpisah walaupun hanya sebagai kawan, Awi melahirkan rasa gembira dan syukur kerana mengikut gerak hatinya untuk menamatkan hubungan mereka.



Berkata kepada portal GUA, Awi Rafael memakluman yang dia juga akan turut bersedih sekiranya kontroversi yang sama melanda dirinya. Kata Awi:-


(TAHNIAH)Shila Amzah Mara Ke Final “I Am Singer”



Alunan suara yang lantang dan merdu dari Shila Amzah sememangnya akan memberikan satu perasaan yang mampu membuat kita ikut turut serta bernyanyi bersama disamping menimbulkan satu perasaan yang membanggakan pada setiap persembahan beliau. Pada Februari lepas, Shila Amzah telah menyertai satu pertandingan di China iaitu ‘I Am Singer’ musim kedua yang kini telah pun berlangsung sebanyak 12 episod. ‘I Am Singer’ merupakan satu pertandingan yang disertai oleh bintang-bintang yang sudah mempunyai nama besar, dan pilihan pemenang akan ditentukan melalui undian para penonton. Kehebatan suara Shila sememangnya telah memukau pendengaran kita pada setiap persembahan beliau.

Kepada yang belum tahu, Shila Amzah mula menyertai ‘I Am Singer’ pada minggu ketujuh dimana Shila telah mendendangkan lagu ‘Xiang Ni De Ye’ yang bermaksud ‘Dikala Malam, Ku Merinduimu’ di mana lagu tersebut telah melonjakkan nama Shila di persada antarabangsa. Begitu hebat impak nyanyian Shila kerana mendapat tempat kedua sejurus Shila menyertai ‘I Am Singer’. Daripada riak wajah penonton juga, jelas terpancar keterujaan mereka terhadap kelunakan suara Shila Amzah.

Terima Pelbagai Ugutan, Hanez Suraya Pasang “Bodyguard”



Satu langkah yang bijak dan sangat wajar telah pun diambil oleh Hanez Suraya. Seperti yang kita sedia maklum, susulan kontroversi dirinya dengan suami orang, Hanez Suraya telah menerima pelbagai ugutan yang mengancam keselamatan dirinya. Kalau saya jadi Hanez, sedikit sebanyak akan takut dan rasa cuak juga. Kita bukannya tahu sejauh mana orang lain sanggup melakukan sesuatu terhadap diri kita.




Kata Hanez menerusi Mstar Online:-


Saya tidak mahu punyai pengawal peribadi tetapi keluarga yang memaksa saya untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi kerana mereka takut dengan keselamatan saya di luar. Lebih-lebih lagi selepas menerima pelbagai ugutan daripada individu-individu yang tidak dikenali di laman sosial.


Teman Wanita Saya Bukan Isteri Orang – Zul Huzaimy



Isteri orang dan suami orang adalah perkara yang amat sensitif sekarang ini. Telah bercerai pada 2010, Zul Huzaimy kini sudah pun mempunyai teman wanita baru. Namun begitu, ada desas-desus menyatakan kekasih barunya itu adalah isteri orang. Ditemui oleh Mstar Online, Zul Huzaimy melahirkan rasa kehairan mengenai gosip yang ternyata tidak berasas itu.



Kata Zul Huzaimy:-
Saya tidak nafikan wanita berkenaan adalah teman wanita saya tetapi dia bukanlah isteri orang seperti yang didakwa. Ia sama sekali tidak benar. Biarlah orang hendak kata apa pun kerana saya lebih tahu siapa dia dan saya tidak mahu komen lanjut mengenai perkara itu



(10 GAMBAR)Nur Fazura Jalan-Jalan Di Eropah



Seringkali Nur Fazura akan menjawab segala kontroversi yang berkaitan dirinya sepantas mungkin, namun dakwaan dirinya bercium di KLIA dengan seorang lelaki Amerika masih belum lagi diperjelaskan. Ini kerana Fazura kini sedang bercuti di Eropah. Seronok sungguh Abang Nara melihat aksi comel Fazura bersama anak buahnya. Dua-dua memang cute!!!





Demi Hanez Suraya, Istana Budaya Sediakan Polis



Nampak gayanya Hanez Suraya tetap akan terlibat dalam teater Projek Kahwin yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya, pada 6 hingga 14 Jun depan. Walaupun ada ugutan dan ancaman untuk membaling telur kepada pelakon ini, pihak Istana Budaya mengambil keputusan untuk mengekalkan Hanez. Menariknya selain daripada kawalan lebih ketat, pegawai polis berpakaian biasa akan turut disediakan .

Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata kepada Mstar Online:-

Kami buat keputusan untuk kekalkan Hanez Suraya dan bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Bagaimanapun, kita akan tingkatkan kawalan keselamatan jika perlu selepas ada ugutan yang boleh menjejaskan keselamatan pelakon dan penonton sepanjang pementasan



Ada Pihak Mahu Sabotaj Shila Amzah – Pengurus



Ya kasihan sungguh menjadi Shila Amzah. Namun itulah yang harus ditempuh untuk bergelar seorang “superstar“. Kalau anda perasan kebelakangan ini gambar Shila Amzah memakai “legging” ketika membuat persembahan di China telah tersebar. Kebanyakan para peminat Shila melahirkan rasa kekecewaan mereka kerana penampilan Shila tampak seperti hanya memakai skirt pendek dan bertudung.



Diminta mengulas mengenai kontroversi ini, pengurus Shila Amzah, Ong Peng Chu mendakwa ada pihak yang sengaja mahu memsabotaj penyanyi ini. Kata Ong kepada Harian Metro:-


Sebenarnya dia pakai seluar berwarna coklat. Ada orang sengaja nak buat cerita tak betul. Ketika gambar diambil dia terbabit dalam sebuah program TV dan memang jelas dia memakai seluar. Boleh lihat di YouTube. Rasanya gambar yang disebarkan itu sudah diubahsuai

Saya sangat tak faham kenapa orang nak buat begitu? Ia (gambar) diambil daripada rakaman program TV yang mempromosikan bakat Shila. Di sini Shila banyak mempromosikan Malaysia, di Malaysia pula orang nak jatuhkan dia.



Ayat terakhir daripada pengurus Shila Amzah itu memang pedih dan makan dalam sungguh. Abang Nara percaya Shila memakai seluar dan bukannya “legging” seperti yang diwar-warkan. Perlu diingatkan apabila buat “screenshot” daripada YouTube, memang tak sama dengan apa yang kita lihat kerana kualiti gambarnya yang jauh lebih rendah. Abang Nara percaya Shila tidak akan merosakkan imejnya dan juga imej Malaysia dengan berpakaian tidak senonoh. Kepada Shila, tabahlah dengan dugaan sebegini.

Bergambar Mesra Dengan Keith Foo, Ziela Jalil Dikritik



Hmmmm. Pada pendapat saya, memang wajar Ziela Jalil dikritik kerana gambarnya yang agak mesra bersama Keith Foo. Tidak sesuai dengan imej dan penampilan Ziela yang bertudung dan sudah agak berusia. Gambar di bawah telah pun dikongsi menerusi akaun Instagramnya dan kebanyakan peminat melahirkan rasa kecewa dengan aksi Ziela dan Keith Foo.





Aksi Hanez Suraya Berpeluk Dengan Kekasih Baru Pengganti Awi Rafael~! (3 Gambar)


 Begitu selamba dan relaks sahaja aktres jelita Hanez Suraya berpeluk sakan dengan kekasih barunya walaupun baru tiga bulan putus cinta dengan penyanyi Awi Rafael.

Dua keping gambar kurang senonoh mereka berdua di bawah kini mula tersebar di laman maya selepas portal rotikaya mendakwa menerimanya dari salah seorang peminat pelakon itu semalam.

Nyata, si wanita jelita dalam gambar berkenaan memang Hanez Suraya dan aksi tersebut dilakukan di sekitar sebuah pantai yang cantik dikatakan Pantai Pulau Tioman, Pahang.

Adakah bekas kekasih Awi Rafael itu kini sudah menemui pengganti hatinya yang sepatutnya masih terluka? Apapun, jejaka yang sedang memeluknya memang amat kacak dan cukup mencairkan hati si wanita.